Friday, November 7, 2014

Keikhlasan

Dalam gelap dan hitam aku dapat kenal mana baik dan buruk

Dalam percintaan aku tahu mana yang jujur dan hanya ingin memainkan perasaan

Dalam senyum aku dapat tahu yang mana ikhlas atau palsu

Dalam melihat tangisan orang lain aku dapat merasai peritnya hati mereka

Dalam tawa aku dapat tahu yang mana tawa mengejek atau jujur

Dalam gelap aku dapat melihat keikhlasan hati manusia kerana ikhlas bukan untuk ditunjuk dengan perbuatan atau percakapan tapi kita boleh merasai sendiri keikhlasan seseorang

Aku hanya seorang perempuan biasa yang ingin memgenal erti kehidupan yang sebenar

Merasai pahit manis kehidupan seorang manusia